Sabtu, 29 April 2017

Baby Cooper Head Raccer @ Tedung Tikus

Cooper Head Raccer @ Tedung Tikus merupakan spesis ular tidak berbisa tetapi mempunyai sifat paling agresif berbanding kebanyakan ular lain..Habitat dikawasan belukar dan senang dijumpai dkawasan ladang kelapa sawit atau kawasan kebun.
Diet kegemaran adalah seperti haiwan  kecil sebagai contoh tikus,cicak,katak dan juga anak burung.
Dibahagian utara ular ni lebih dikenali sebagai Ular Rusuk Kerbau.Antara pertahanan diri apabila diancam binatang lebih besar atau manusia ia akan mengembangkan dan membengkok badan seperti huruf "s" dan seolah-olah cuba mematuk.
Antara teknik lain ular ini mampu membuat penyamaran seolah-olah seperti mati dan selepas beberapa minit apabila difikirkan keadaan selamat ia akan melarikan diri.

apabila kita terjumpa ular seperti ini tidak perlulah berasa risau atau memukul ular ini sehingga mati kerana ia tidak mampu memberi apa-apa ancaman kepada manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan